| TENTANG
SCLERODERMA |
|
|
| Apa dia Scleroderma? |
| Scleroderma ialah sejenis penyakit
yang luar biasa, "chronic autoimmune disease". Penyakit
ini telahpun menyerang 150,000 (1) hingga 500,000 (2) rakyat
Amerika, khususnya kaum wanita yang berumur diantara 30 hingga
50 tahun. Kejadian ini berlaku pada anggaran 30 pesakit bagi
setiap 100,000 penduduk dan nisbah diantara perempuan dengan
lelaki pula ialah empat perempuan kepada seorang lelaki. |
| Kesukaran Diagnosis |
| Oleh kerana penyakit ini daripada
jenis yang luar biasa dan tidak ramai Doktor yang pakar mengenainya,
diagnosis yang tepat tentang penyakit ini sukar dilakukan dalam
masa yang singkat. Pada peringkat awal, simptom penyakit ini
menyerupai lain-lain penyakit "connective tissue diseases",
contohnya seperti penyakit Systemic Lupus Erythematosus, Polymyositis,
Rheumatoid Arthritis (sebahagian daripada contoh-contoh penyakit).
Keadaan ini menyebabkan pesakit terpaksa menanggung penderitaan
yang begitu lama sehinggalah mereka dapat didiagnoskan dengan
sahih mengidap penyakit ini.(4) Lihat Kesukaran
Diagnosis (English). |
| Jenis-jenis Scleroderma |
| Terdapat dua jenis utama penyakit
Scleroderma, iaitu "Localized" dan "Systemic".
Jenis "localized" pula dipecahkan kepada dua jenis
iaitu "Morphea" dan "Linear". Jenis ini
hanya menyerang kulit (kadangkala tissu di bawah kulit) tetapi
tidak menyerang lain-lain organ di dalam badan. Lihat Jenis-jenis
Scleroderma (English). |
| Jenis "Systemic" Scleroderma |
| Jenis "Systemic" pula
menyebabkan "fibrosis" (scar tissue) berlaku pada
kulit dan/atau organ-organ di dalam badan. "Fibrosis" akan
menyebabkan kulit dan organ-organ yang kena serangan penyakit
ini menjadi keras. Keganjilan ini menyebabkan penyakit Scleroderma
lebih popular di kenali sebagai "penyakit yang mengubah
manusia menjadi batu". |
| Punca-punca Scleroderma |
| Punca-punca yang menyebabkan penyakit
Scleroderma masih belum diketahui hingga hari ini. Ada beberapa
kes Scleroderma disahkan berlaku kerana pesakit telah terdedah
kepada bahan kimia. Genetik, 'fetal cells" dan Virus mungkin
juga menjadi penyebab kepada meningkatnya jumlah pesakit Scleroderma.
Lihat Punca-punca
Scleroderma (English). |
| Tidak berjangkit atau
Cancerous |
| Scleroderma tidak diklasifikasikan
sebagai penyakit mudah berjangkit (contagious) (1).
Ini bermakna anda tidk akan mendapat penyakit Scleroderma dengn
berjabat tangan, berdakap, mengadakan hubungan seksual, berkongsi
utensil makan, batuk atau selsema. Ianya juga bukan sejenis
kanser.(1) |
| Simptom dan Rawatan |
| Pada masa ini tidak ada jenis rawatan
sahih yang boleh menyembuhkan penyakit Scleroderma. Bagaimanapun,
terdapat rawatan terapi yang efektif bagi mengubati simptom-simptom
(tanda/pertanda penyakit) bagi penyakit Scleroderma. Kebanyakan
simptom yang disenaraikan dalam web ini adalah daripada jenis "Diffuse
Scleroderma". Lihat kekunci "Medical" (English). |
| Ujian Klinikal |
| Terdapat beberapa ujikaji terapi
yang telah menampakkan kejayaan bagi merawat penyakit Scleroderma.
Ini termasuklah "Stem Cell Transfusion" (BMT) dan
Relaxin. Lihat Percubaan
Klinika (English). |
| See Also |
| Penyakit
Scleroderma Yunus Hassan's Scleroderma support group
is forming in Malaysia. We are here to help you! |